• 3 Manfaat Kunir Hitam

    Kunir hitam merupakan tumbuhan bermusim yang jarang ditemui. Di Malaysia dua jenis kunyit hitam yang mempunyai nilai dalam perubatan tradisional iaitu kunyit hitam seperti dalam foto di atas dan kunyit hitam yang mempunyai warna kehitaman pada keseluruhan bahagian pokok. Kunyit hitam yang berwarna hitam pada seluruh bahagian pokok ini yang paling sukar dijumpai dan ianya sering dikaitkan dengan perkara mistik.

    Kunyit hitam ini berdaun agak runcing dengan tangkai daun yang panjang. Ketinggiannya sekitar 30cm sahaja. Pokok kunyit hitam yang asli ini ada ditanam oleh penulis dan masih hidup di kampung halaman penulis. Kunyit hitam seperti dalam foto di atas mempunyai daun yang agak lebar berwarna hijau dengan sedikit palitan kehitaman pada bahagian atas daun.

    Rizomnya berwarna hitam keseluruhan bahagian. Kunyit hitam tersebut sebenarnya diperolehi daripada seorang pengamal perubatan tradisional Melayu yang memberikannya kepada isteri penulis untuk ditanam pada awal tahun ini. Pokok ini membiak melalui rizom dan pecahan rumpun.

    Kegunaan

    Bahagian yang sering digunakan untuk perubatan adalah rizomnya tetapi daunnya juga mempunyai nilai dalam perubatan tradisional. Rizom kunyit hitam ini dipercayai dapat digunakan dalam rawatan kanser payudara, ketumbuhan pada sendi dan penyakit kusta. Rizomnya juga boleh digunakan untuk kuruskan badan. Ia juga boleh merawat denggi berdarah. Rizom kunyit hitam ditumbuk bersama-sama beberapa jenis herba lain dan dicampur dengan sedikit air dan garam. Campuran tersebut kemudian ditapis dan diminum oleh pesakit demam denggi berdarah.


    Manfaat kunir hitam.Nama ilmiah : Curcuma aeruginosa. Roxb.

    Nama daerah : temu erang (Melayu), koneng hideung (Sunda), temu ireng (Jawa), temo ereng (Madura), tamu leteng (Makasar), dan temu lotong (Bugis)

    Khasiat untuk pengobatan

    1) Penyakit kulit (kudis, ruam, borok, dan sebagainya)
    Rimpang temu hitam sebesar jari ditumbuk dan dicampur dengan minyak kelapa, lalu dibentuk seperti tapal dan ditempelkan pada bagian yang sakit. Akan lebih baik bila penderita penyakit kulit juga meminum air rebusan atau jamu temu hitam. Cara membuat air rebusannya sebegai berikut. Ambillah rimpang seukuran jari telunjuk. Rebus dengan segelas air hingga mendidih. Saring dan minumlah selagi hangat.

    2) Menambah nafsu makan
    Rimpang diparut, lalu diperas dan aimya diminum.

    3) Khasiat lain
    Rimpang temu hitam di Indo Cina digunakan sebagai obat mulas dan peluruh angin. Di Indonesia, temu hitam banyak digunakan untuk mengobati penyakit dalam lewat seduhan yang diminum, misalnya ibu yang baru melahirkan meminum jamu temu hitam sebagai pembersih darah.